DAURAH INTENSIF : HADIS 29
Daripada Mu’az bin Jabal R.A, bahawa beliau bertanya Rasulullah SAW maksudnya: “ Wahai Rasulullah, beritahukan kepadaku tentang suatu amal yang dapat memasukkanku ke dalam syurga dan menjauhkanku dari neraka. ” Nabi SAW menjawab: “ Engkau bertanya tentang perkara yang besar. Namun sesungguhnya ia adalah mudah bagi orang yang dimudahkan oleh Allah. Sembahlah Allah dan jangan menyekutukan-Nya dengan sesuatu pun, kerjakanlah solat, keluarkanlah zakat, berpuasalah pada bulan Ramadan, dan kerjakanlah ibadah haji ke Baitullah. ” Kemudian Baginda bersabda: “ Inginkah engkau ku beri petunjuk akan pintu-pintu kebaikan? Puasa itu adalah sebagai perisai, sedekah adalah amal yang menghapuskan kesalahan sebagaimana air memadamkan api, dan solatnya seseorang di tengah malam. ” Kemudian Baginda membaca ayat dalam surah al-Sajdah, ayat 16-17: " Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan solat tahajud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa k...