Posts

Showing posts from December, 2025

DAURAH INTENSIF : HADIS 29

  Daripada Mu’az bin Jabal R.A, bahawa beliau bertanya Rasulullah SAW maksudnya: “ Wahai Rasulullah, beritahukan kepadaku tentang suatu amal yang dapat memasukkanku ke dalam syurga dan menjauhkanku dari neraka. ” Nabi SAW menjawab: “ Engkau bertanya tentang perkara yang besar. Namun sesungguhnya ia adalah mudah bagi orang yang dimudahkan oleh Allah. Sembahlah Allah dan jangan menyekutukan-Nya dengan sesuatu pun, kerjakanlah solat, keluarkanlah zakat, berpuasalah pada bulan Ramadan, dan kerjakanlah ibadah haji ke Baitullah. ” Kemudian Baginda bersabda: “ Inginkah engkau ku beri petunjuk akan pintu-pintu kebaikan? Puasa itu adalah sebagai perisai, sedekah adalah amal yang menghapuskan kesalahan sebagaimana air memadamkan api, dan solatnya seseorang di tengah malam. ” Kemudian Baginda membaca ayat dalam surah al-Sajdah, ayat 16-17:  " Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan solat tahajud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa k...

TARBIAH PERISTIWA : BELAJAR DARI KESILAPAN

Image
Aku sangat terkesan dengan kesalahan aku baru-baru ni, yang mana aku rasa berulang sebab mungkin aku tak nampak the root of the problem, punca kepada kesilapan tu first, mungkin bukan first, tapi bagi aku first sebab dia besar, n aku masih merasakan bersalah atas kecuaian dan kelalaian aku n akhirnya perkara tu berlaku which is 1) duit muktamar rm309.93 burn 2) duit flight adik rm200+ huwa tak ingat burn, n dia beli semula rm309 situasi yang sama, di airport sebab apa ni? cuai? ndak fikir sampai habis? ndak plan betul2? or macam mana? pastu sama juga, lepas berlaku kejadian ni sy balik rumah.. no one to talk about this issue.. huu, apa hikmah sebenarnya Allah mau kasi tengok ya, sampai sy rasa sy ndak layak berada d jalan ni sebab selalu sgt buat salah.. bukan 1 2 ringgit, tapi beratus kot.. effectnya kepada siapa? sia expect adik tahu ba mau check in awal jadi ndak la ku remind, rupanya ndak dia tahu pastu yg muktamar pun sbb kebiasaan sy naik flight ndak pernah terlepas, ok jak, so i...